PUTRAZ Car Rental

PUTRAZ Car Rental
Your Satisfaction , Our Priority

Wednesday 14 January 2015


ASSALAMUALAIKUM,Semua,Salam 1 Malaysia..

diharapkan anda semua sihat dan bermaya untuk melakukan sesuatu kerja...

Hari ni,kami just nak sharing sedikit info pasal Kereta iaitu bahagian penting bagi sesebuah kenderaan,,,,iaitu..TAYAR....Jom.baca dulu.... :-)

Untuk pengetahuan anda, setiap tayar kenderaan yang dikeluarkan dari kilang akan di “cop” atau ditanda dengan pelbagai maklumat dan salah satu maklumat yang penting adalah berkenaan tarikh tayar dikeluarkan dari kilang. Kenapa tarikh pengeluaran tayar ini penting? Ini kerana tayar kenderaan adalah dari getah. Seperti yang kita semua maklum, sifat getah adalah kenyal, elastik dan tahan lama AKAN TETAPI apabila sampai suatu tempoh masa, getah akan menjadi keras, rapuh tidak elastik dan mudah rosak.

Kod Tayar Kenderaan Perodua Myvi

Kenali Tayar Kenderaan Anda

Begitu juga dengan tayar kereta. Pengeluar tayar memberi tempoh sehingga 5 tahun kepada tayar sebagai syarat dan tanda ketahanan tayar terhadap masa. Sebenarnya, ketika anda membeli dan mendapatkan tayar kenderaan yang baru, sila pastikan tayar kereta yang anda dapatkan itu adalah dari tahun sekarang dan bukannya tahun lepas. Jika anda menerima tayar tahun lepas, ini bermakna anda menerima tayar yang jangka hayatnya sudah berkurangan setahun. Anda mahu? Saya tidak katakan tidak boleh untuk mendapatkan tayar yang lama seperti tahun lepas. Tiada salahnya. Akan tetapi seharusnya peniaga tayar memberikan harga yang kurang atau diskaun terhadap tayar tersebut berbanding tayar baru untuk tahun sekarang. Logik bukan?

Bagaimana untuk ketahui maklumat tarikh pengilangan tayar kereta? Lihat maklumat jadual dibawah untuk maklumat lanjut.

Kod Tayar Kenderaan. Contoh: 205/65/R1594H.

205 => Lebar.

65 => Tinggi.

R => Radial.

15 => size/rim.

94 => Max bebanan.

H => Max 210 km/h.

S => Max 180 km/h.

T => Max 190 km/h.

U => Max 200 km/h.

V => Max 240 km/h.

Z => >240 km/h.

W => 270 km/h.

Y => 300 km/h.

Setiap tayar baru ada 4 angka tercatit di sisi tayar. Contoh: 0514 menunjukkan tayar baru keluaran kilang pada minggu ke 5 tahun 2014. Setiap tayar tempoh penggunaannya adalah 5 tahun dari tarikh dikeluarkan. Jika anda menukar tayar baharu, pastikan ianya tahun terkini iaitu sekarang tahun 2014. Tayar baru yang melebihi 5 tahun usia boleh sahaja anda pakai tetapi getah tayar sudah menjadi keras kerana getah tayar yang sudah tamat tempoh (expired). Anda tanggung sendiri akan ketahanan, lama penggunaan dan keselamatan menggunakan tayar tersebut.

Kami harap dengan artikel ringkas ini dapat memberikan anda sesuatu akan pengetahuan tentang tayar kenderaan yang sepatutnya diambil tahu oleh anda dan diabaikan oleh kebanyakkan pengguna kenderaan. Ingat tayar kereta adalah hak anda dan gunakan hak anda untuk mendapatkan tayar baru yang sesuai buat anda dan dapatkan tayar dari tahun terkini. Anda adalah pengguna dan pengguna berhak mendapatkan tayar yang berkualiti. Selamat membaca.

No comments:

Post a Comment